Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum kepada semua pembaca,alhamdulillah hari ini sudah masuk hari pertama kita di dalam bulan ramadhan pada tahun 2013 ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Semoga di bulan Ramadhan pada tahun ini kita semua mendapat keberkatan dari-Nya..aamiin...

Puasa,dari segi bahasa adalah bermaksud menahan diri daripada sesuatu manakala dari segi syarak pula adalah bermaksud menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Di sini saya sertakan niat puasa di bulan ramadhan,




Syarat wajib puasa :

1. Islam - Puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam

2. Baligh - Tidak diwajibkan kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.

3. Berakal - Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.

4. Sihat - Orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan fidyah.

5. Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib qada (ganti) puasa selepas bulan ramadhan.

6. Suci - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.


Syarat sah puasa :

1. Islam

2. Berakal dan mumayyiz (tahu bezakan mana najis dan yang tidak)

3. Suci daripada haid dan nifas.

4. Apabila nyatanya masuk bulan ramandhan.


Perkara-perkara yang membatalkan puasa :


  • makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit ( jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti apabila tahu sedang berpuasa)
  • memasukkan sesuatu dengan sengaja ke rongga badan yang terbuka
  • muntah dengan sengaja
  • keluar haid dan nifas
  • gila
  • murtad (keluar daripada Islam)
  • mengeluarkan mani dengan sengaja
  • bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan ramadhan)

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa :

  • menyegerakan berbuka puasa
  • berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis
  • melambatkan bersahur kerana ada berkat padanya
  • memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  • sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
  • menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  • mandi junub lebih awal,sebelum masuknya waktu subuh

Orang-orang yang dibenarkan meninggalkan puasa :

1. Orang hilang daya upaya seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis penyakit yang menambahkan keuzuran

2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat

3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa

4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan memudaratkan seperti bekerja berat di tengah panas

5. Perempuan hamil atau menyusukan anak


Solar Tarawih Dan Witir

Melaksanakan solat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan ramadhan. Ia boleh dilakukan secara perseorangan di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau. Waktu solat tersebut bermula selepas solat Isyak sehingga sebelum terbit fajar. Umumnya, umat Islam di Malaysia mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Cara mengerjakan dengan 2 rakaat satu salam sehingga genap 20 rakaat. Walau bagaimanapun ada juga yang melakukan sebanyak 8 rakaat sahaja.

Niat solat Tarawih



Solat Sunat Witir

Dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat 2 salam dan sebanyak-banyaknya 11 rakaat dengan 6 salam.

Niat solat Witir




Adab-adab Berpuasa

1. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji, mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat.

2. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

3. Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu.

4. Bersederhana ketika berbuka dan bersahur 

5. Mengurangkan tidur.

6. Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir.

7. Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat dan mendapat ganjaran daripada Allah swt

8. Sentiasa berfikir hikmah di sebalik melakukan ibadat puasa.


Keutamaan Tadarus Al-Quran Pada Bulan Ramadhan

1. Membaca al-Quran serta menghayati isi kandungannya pada bulan ramadhan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt

2. Setiap satu huruf al-Quran yang dibaca pada bulan ramadhan akan mendapat kebajikan daripada Allah swt.

3. Pembacaan al-Quran pada bulan ramadhan bererti memohon maghfirah daripada Allah swt.

4. Ibadat puasa dan tadarus al-Quran pada bulan ramadhan akan memberikan syafaat kepada yang melaksanakannya.



Ahamdulillah,sekian saja dulu perkongsian saya pada hari ini. Insya allah,akan bersambung lagi dengan topik yang menarik. Selamat beramal...