Monday, February 24, 2020

Alhamdulillah syukur dapat juga masuk blog ni..sudah lama menyepi dari blog..

Tahun 2020, bulan Februari. Banyak dugaan, ujian yang mendatanng setelah bergelar isteri dan menjadi seorang ibu kepada putera sulung ku Adam. Kalau diluah banyak yang ingin diluah. Rasa tidak puas hati??? Ada. Mengapa??? Kenapa??? Apa yang perlu saya buat??? Jawapan yang boleh saya beri hanya BERDIAM DIRI. Kenapa perlu berdiam diri sedangkan ada hak bersuara??? Jawapan saya, belum masanya bom itu meletup. Sabar dan terus bersabar. Lalui hari seperti sedia kala. Hidup perlu diteruskan demi Adam, kerana Adam adalah kekuatan saya sebagai ibu untuk melihat Adam membesar tanpa bersusah payah. Adam adalah rezeki saya, rezeki yang patut seorang ibu perjuangkan untuk mencorakkan kehidupan Adam menjadi sempurna seperti semua ibu di dunia ini impikan. Tapi saya hanya mampu buat mana yang termampu, apa yang penting dalam diri saya ini sekarang hanyalah meletak Adam untuk sentiasa tersenyum setiap hari.

Kadang terfikir mahu merasa beli itu ini untuk kegunaan sendiri tapi apa yang saya buat bila rasa seperti itu??? Hanya mendiamkan diri dan memendam perasaan. Cakap dengan diri sendiri belum masanya, nanti ada duit lebih boleh shopping untuk sendiri. Tapi tidak untuk Adam, kalau boleh serba baru anak mummy kan??? mmmuuuuaaahhhh.. Sekarang ini pakai apa yang ada, BERJIMAT. Tapi apa yang best nya berjimat sekarang ini terasa juga badan susut sedikit. Alhamdulillah.. Waktu kerja sekarang (tarikh hari ini 24.02.2020, hari Isnin) ganti puasa. In sya Allah dapat diteruskan sampai tibanya bulan Ramadhan nanti. Kalau bocor (period) tidak mengapa, cara jimat boleh bawa bekal dari rumah (makanan & air) kan jimat..hihihihihihi

Sekarang ini In sya Allah perbanyakkan doa, betulkan apa yang salah, buat apa yang sudah ditinggalkan, balik ke pangkal jalan kerana hidup dan dunia ini hanya sementara. Selagi bernyawa, bernafas, diberi kesempatan hidup melihat Adam membesar di depan mata selagi itulah saya perlu perbaiki semuanya untuk diri sendiri, keluarga dan anakanda mummy Adam.

Sampai sini saja, nanti ada coretan boelh kita bercerita lagi ya..