Tuesday, July 2, 2013

10 Tips Menghadapi Tekanan Di Tempat Kerja

Ini ada beberapa tips yang dapat saya share dengan anda semua,Insya allah dapat membantu anda,selamat mencuba...


  1. Cari punca tekanan – Kadangkala kita sendiri tahu apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat, orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda terlebih dahulu. (kalau ada salah dengan rakan sekerja ataupun dengan bos segera minta maaf ok!)
  2. Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu! (jangan terus terlajak rehat sampai setengah jam ya hehehe...)
  3. Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek. (jangan sampai pengsan pula hahahaha...)
  4. Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat. (tidak perlu malu untuk berbicara,simpan dalam hati lagi sakit...)
  5. Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya. (shopping or window shopping???mmmmmmm...)
  6. Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block dipejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat. (sangat banyak info,cari dan terus mencari ok!)
  7. Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda. (kalau malas bersukan sorang,ajak kawan-kawan ataupun family members hehehe baru enjoy..!)
  8. Ketawa  dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda. (mahu ketawa??cari video funny di Youtube,confirm gelak hahahahaha)
  9. Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress. (mahu diet perlu ikut tips pemakanan yang betul hehehe...)
  10. Cari pekerjaan lain – Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang. (sudah dapat kerja tetap macam kerja govt tu,kena fikir baik-baik untuk masa depan anda...cari jalan selesaikan masalah ok..!)



No comments:

Post a Comment