Wednesday, July 3, 2013

Elken Spirulina..Alhamdulillah berkesan



Alhamdulillah kali ini saya ingin berkongsi lagi dengan anda semua tentang produk yang saya juga telah mencubanya. Setelah sekian lama mencari produk yang baik untuk kesihatan diri akhirnya saya dapat menemui kebaikan yang banyak khasiat dan faedah daripada Elken Spirulina ini,syukur Alhamdulillah. Di sini saya sertakan beberapa khasiat dan faedah yang saya temui dan membuat 'research' sendiri mengenai Elken Spirulina ini dan sebelum itu saya ingin kongsi dengan anda apa itu Spirulina.

Fakta Spirulina: Spirulina kini telah diisytiharkan sebagai makanan tambahan yang terbaik di dunia oleh World Health Organization (WHO). Spirulina ialah plant-tonic blue-green algae yang mengandungi profil nutrisi yang tinggi serta menakjubkan. Ia merupakan sumber semulajadi yang kaya dangan vitamin B-12 yang mencecah sebanyak 70% asid amino dan mengandungi keseluruhan spektrum karotin semulajadi dan xanthophylls phyto-pigment. Makanan semulajadi ini dapat membantu menjana tenaga, melancar serta membersihkan peredaran dalam tubuh badan kita. Dari artikel saintifik yang dikeluarkan sejak beberapa tahun dahulu telah menunjukkan bahawa Spirulina ialah makanan yang selamat dan padat dengan nutrisi.


Ini pula beberapa khasiat dan faedah apabila kita mengamalkan Elken Spirulina,


UNTUK IBU-IBU YANG MENGANDUNG

- Memberikan yang terbaik untuk bayi anda, Elken Spirulina ialah makanan serba semula jadi yang membekalkan kesemua 46 jenis nutrien perlu termasuk besi dan asid folik pada kadar 5 kali ganda lebih banyak daripada kacang soya dan 68 kali lebih kaya daripada bayam. Ia membantu kedua-dua kesihatan ibu dan keperluan perkembangan janin.


- Elken Spirulina boleh membantu mengurangkan risiko bahaya kelahiran. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkanrisiko kehilangan darah yang berlebihan sementara Vitamin K membantu memberhentikan pendarahan. Elken Spirulina membekalkan Vitamin K, dan 30 kali lebih banyak klorofil daripada alfafa, barli atau anak gandum.


UNTUK BAYI

-Komposisi kaya khasiat Spirulina menjadikannya makanan tambahan yang popular di Mexico, ia telah digunakan untuk menghasilkan formula bayi - hidangan berkhasiat yang lengkap. Akhir-akhir ini, ramai bayi yang sihat dan kuat sudah menjadi testimoni kepada faedah Elken Spirulina.


- Asid Gama Linolenik (GLA) membantu mengurangkan kemungkinan bayi menghadapi masalah kulit sensitif dan asma. Elken Spirulina mengandungi 3 kali lebih banyak GLA berbanding minyak Primros Kembang Petang /Evening Primrose oil (EPO), serta dapat dijadikan serbuk demi pengambilan mudah.


UNTUK KANAK-KANAK

- Pada tahun 1992, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghuraikan Spirulina sebagai "Suplemen nutrien yang cemerlang untuk kanak-kanak" sementara Professor Keiun Kodo, Bapa Elken Spirulina, menjelaskan bahawa Elken Spirulina adalah sempurna untuk perkembangan sel otak dikalangan kanak-kanak.


- Health Today, keluaran Oktober 2003, telah menegaskan bahawa, antara lainnya, Vitamin E, Beta Karotena dan Zink sebagai penggalak keimunan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 oleh Universiti Nutrisi Kagawa, Jepun mengesahkan bahawa Spirulina berupaya meningkatkan keimunan. Elken Spirulina membekalkan kesemua kebaikan disamping kalsium dan magnesium membantu membina tulang dan gigi yang kuat terutama dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar.


UNTUK WANITA

- Elken Spirulina mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO, lebih berupaya melegakan simptom Sindrom Prahaid(PMS), Ia juga kaya dengan besi organik untuk pembentukan tenaga dan darah yang sihat.

- Produk Antipenuaan biasanya menggunakan Asid Amino (Protein) dan Beta Karotena. Elken Spirulina membekalkan Asid Amino yang mudah diserap, mengandungi paras protein yang dua kali lebih kaya daripada kacang soya dan 6 kali ganda lebih daripada telur. Paras Beta Karotenanya yang tinggi telah dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Elken Spirulina juga membantu wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun mengurangkanrisiko rapuh tulang, memandangkan ia kaya dengan kalsium dalam bentuk makanan asli yang selamat.


UNTUK VEGETARIAN

- elken Spirulina merupakan makanan Vegetarian yang lengkap, boleh membantu pengamal Vegetarian yang ketat yang tidak makan sebarang produk haiwan mengurangkan risiko kekurangan Vitamin B12 dengan membekalkan 2.5 kali lebih banyak Vitamin B12 daripada hati lembu, dipercayai sebagai sumber terbaik vitamin B12.


UNTUK PEROKOK


- Perokok dan kaki botol didapati mempunyai kepekatan Beta Karotena (sejenis antioksidan) darah yang 2 kali lebih rendah berbanding dengan orang biasa. Keadaan ini mendedahkan mereka kepada kesan mudarat radikal bebas. Elken Spirulina mengandungi 40-60 kali banyak Beta Karotena dari pada bayam dan 25 kali lebih daripada karot. Menurut kajian klinikal Dr Yasumasa Kodo, Elken Spirulina dapat meningkatkan paras beta karotena sehingga 3 kali ganda untuk melawan radikal bebas.


UNTUK WARGA TUA


- Elken Spirulina berasal daripada Jepun, negara yang terkenal dengan rakyat yang panjang usia. Kealkalian Elken Spirulina yang 100% membantu menggalakkan penghadaman, melindungi buah pinggan dan melegakan kesakitan yang berpunca daripada athritis kronik. Kesan Spirulina adalah untuk mencegah kegagalan buah pinggang akibat dadah farmaseutik yang telah disahkan oleh kajian Jepun yang diterbitkan dalam Eisei Kagaku, 36:5, 1990.

- Pada tahun 2002, The University of South Florida Centre for Ageing and Brain Repair mendapati bahawa Spirulina berfaedah untuk merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.


Aturan makan:-
Dewasa = 5-10 biji 2-3 kali sehari
Kanak-kanak = 1-4 biji 2-3 kali sehari
*2 biji sehari pagi & mlm sudah memadai..






Sangat banyak khasiat dan faedah untuk semua lapisan umur. Tidak dapat banyak yang dapat saya masukkan di dalam blog saya pada hari ini tapi bagi saya beberapa info yang menarik dan baik ini dapat saya kongsikan bersama anda semua. Sempena bulan ramadhan pada tahun 2013 ini yang menjelang tiba saya akan amalkan lagi penggunaan Elken Spirulina ini,anda pun boleh juga...Insya Allah





Sebelum ini saya mempunyai masalah kesihatan. Antaranya saya sentiasa rasa lemah,mengantuk dan hilang fokus semasa berkerja. Kadang-kadang emosi juga terganggu di tempat kerja. Kitaran haid saya juga tidak teratur dan sentiasa mengalami senggugut dan sakit badan sebelum haid. Setelah mencuba dan mengamalkan Elken Spirulina ini alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan semasa berkerja saya mendapati tenaga dan fokus semasa berkerja semakin pulih. Malah ketika datang haid pula saya tidak mengalami senggugut lagi. Kulit wajah dan badan saya juga semakin berseri. Saya juga kongsikan kebaikan Elken Spirulina ini bersama keluarga saya terutamanya adik yang kedua. Dia jenis yang tidak suka makan sayur dan buah-buahan tetapi setelah mencuba dan amalkan spirulina ini sistem penghadamannya baik dan teratur. Syukur Alhamdulillah ini semua dengan berkat dan izin Allah swt. Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mencuba produk ini dialu-alukan. Lagi satu keutamaan saya berani menggunakan produk ini ada kerana ianya produk yang "Halal"





~ Selamat mencuba~




No comments:

Post a Comment