Wednesday, July 3, 2013

Surah Al-Fatihah




Alhamdulillah para pembaca semua,terbuka hati saya hari ini berkongsi mengenai Surah Al-Fatihah. Di sini saya kongsikan beberapa fadhilah dan khasiat surah ini.

1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya allah akan dijaga dari bahaya dan gangguan syaitan

2. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali selepas solat fardhu maka Allah swt luaskan rezekinya,baiki akhlaknya,mudahkan urusannya,terlindung daripada segala kesulitan dan sebagainya.

3. Jika dibaca 40 kali di dalam air maka air itu boleh dibuat menjadi ubat untuk penawar penyakit.

4. Sesiapa berhajat sesuatu kepada Allah swt, maka bacalah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh sehingga 40 hari dan pohonlah kepada Allah swt. Insya allah dipenuhi hajat itu.

5. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah ada menyarankan untuk membaca surah ini setiap pagi untuk disedekahkan kepada kedua ibu bapa (tidak kira masih hidup atau telah meninggal dunia) nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu.

Sebenarnya sungguh banyak khasiat dan fadhilat surah Al-fatihah tapi hanya ini saja yang dapt saya kongsikan kepada pembaca semua. Insya allah di hari lain dapat lagi saya tambah mengenai surah ini

No comments:

Post a Comment